Tuesday, 1 August 2017

RUJUKAN

Ø Rujukan:
                              
  1. Buku
      Format: Pengarang/Editor (Tahun). Tajuk(italic). Tempat Percetakan: Nama Pencetak.

Perrin, R. (2004). Pocket guide to APA style. Boston: Hughton Miffin Company.


2.   Jurnal
Samad Bin Asim. (2007). Kajian sosial murid-murid luar bandar. KL: Pustaka Dewan.


 3.  Laman web
Format: Pengarang (Tahun). Tajuk (italic). Retrieved (Tarikh), from (alamat web)

(KORANG BOLEH JE SETTING DALAM MICROSOFT WORD APA STYLE)

o  



RUMUSAN

Ø Rumusan:
                                    
Kerja projek matematik tambahan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang mengaplikasikan dan mengadaptasikan matematik dalam kehidupan seharian. Selepas melakukan penyelidikan, menjawab soalan, melengkapkan jadual dan menyelesaikan beberapa masalah, saya mendapati bahawa penggunaan matematik adalah penting dalam kehidupan seharian kita.

            Kesimpulannya,banyak maklumat baru yang dapat kita peroleh dan ketahui sebenarnya penggunaan pengamiran dalam kehidupan seharian sangat penting. Dengan adanya,kamiran kita dapat mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku.Bukan itu sahaja,kita juga dapat meningkatakan kualiti dalam pelbagai perkara.Akhirnya, beberapa aspek yang penting telah saya mengetahui berdasarkan tajuk kamiran ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika pengamiran memainkan peranan penting dalam sesuatu bidang pekerjaan seperti bidang kejuruteraan.Maka jelas lagi bersuluh bahawa matapelajaran matematik tambahan ini berhubungkait dengan matapelajaran fizik.Hal ini demikian kerana untuk membina sesebuah bangunan kita harus mengambil kira luas kawasan tapaknya serta ketinggiannya untuk mengetahui adakah luas tapak dan ketinggian tersebut dan mencapai kestabilan yang selamat.Tetapi kita tidak sedar bahawa kamiran juga memainkan peranan dalam perancangan pembinaan bangunan tersebut.

PENGENALAN PENGAMIRAN



ØPengenalan pengamiran:


     Pengamiran memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian manusia danadalah penting bagi kita untuk menguasai ilmu mengenainya. Konsep pengkamirantelah digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam pelbagai bidang sepertipendidikan, kejuruteraan, fizik, seni bina, caj elektrik, nilai purata, dan lain-lain lagi.

   Kamiran mengisahkan tentang luas dan isipadu yang paling maksima yangdiperlukan bagi memenuhi sesuatu ruang. Contohnya, dalam reka bentuk stadium,konsep pengkamiran diaplikasikan bagi menentukan luas dan isipadu bawah kubahbagi memasukkan kerusi dengan sebanyak yang mungkin. Bagi mencari luas di bawahsesuatu lengkungan, luas di bawah lengkungan tersebut akan dibahagikan kepadabeberapa bahagian kecil dan akan ditambah atau dikamirkan sehingga mencapai jawapan terakhir.

    Di dalam bidang seni bina, pengkamiran digunakan oleh arkitek untukmenentukan jumlah bahan yang diperlukan untuk membina sesebuah bangunan.Contohnya, untuk membina sebuah kubah, arkitek perlulah mengambil kira tentang jumlah bahan yang ingin digunakan, berat kubah tersebut dan jenis struktur sokonganyang diperlukan bagi memastikannya stabil.Kebanyakan bangunan yang dibinamelibatkan pengaplikasian pengkamiran seperti Menara Berkembar Petronas di KualaLumpur yang terpaksa berhadapan dengan rintangan angin yang kuat. Pengamiran telah digunakan untuk mereka bentuk bangunan yang kuat .

    Selain itu, Sydney OperaHouse adalah reka bentuk yang sangat luar biasa yang terdiri daripada beberapakepingan bola yang terkeluar. Banyak persamaan pembezaan atau satu jenis kamiran telah diselesaikan dalam reka bentuk bangunan ini.Kegunaan lain bagi kamiran termasuklah mencari kawasan dibawah permukaan melengkung,pusat masa,anjakan dan halaju,aliran bendalir,model tingkah laku objek bi bawah tekanan,kerja oleh daya berubah-ubah dan banyak lagi.

    Proses pengkamiran juga penting dalam menentukan isipadu sebenar air yang diperlukan untuk memenuhi kolam berendam di dalam sesebuah pameran yang diadakan di zoo.Kolam renang yang berbeza-beza kedalaman dan sisinya yang tidak mempunyai bentuk yang teratur adalah amat sukar untuk ditentukan beberapa banyak air diperlukan tanpa perlu memperuntukan sejumlah wang yang banyak.Dengan mempelajari tajuk pengamiran,kita boleh memcari isipadu revolusi pepejal dengan menggunakan sama ada kaedah cengkerang,kaedah cekera atau kaedah washer.Ia selalu digunakan dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari seperti untuk mengetahui isipadu tembikai,peluru dan sebagainya.Berberapa konsep pengamiran digunakan untuk mengira kawasan di antara lengkung.Kebiasaannya,ia digunakan untuk mengira luas kawasan rantau berlorek yang di sempadani,menerangkan halaju dan parabola.

    Dalam bidang kejuruteraan,pengamiran digunaan oleh jurutera elektrik untuk menentukan panjang sebenar kabel kuasa yang diperlukan untuk menyambung dua pencawang.Oleh kerana,kabel digantung diantara tiang,ia akan sentiasa melengkung.Kalkulus membolehkan kuantiti yang tepat ditentukan dengan mudah dan cepat.

    Pengamiran juga turut memberikan sumbangan terhadap bidang fizik.Sebagai contoh,apabila daya berbeza dengan kedudukan F (r),maka kita mesti mengambil langkah-langkah kecil yang tidak terhingga,mengira kerja yang diperlukan untuk setiap setiap langkah kecil, dan menambah kesemuanya untuk mendapatkan jumlah kerja yang dilakukan.

    Dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan kenderaan seperti kereta , jurutera telah mengaplikasikan pengetahuan mengenai pengamiran untuk membuat penambahbaikkan terhadap teknologi pengankutan.                    
Sebagai contoh,pada tahun 1950-an,kereta merupakan mesin yang sangat cekap.Tiada sebarang pekara seperti beg udara,tali pinggang keselamatan,anti-kunci berbuka dan sebagainya.Ralph Nader telah mendesak pengeluar kereta supaya menghasilkan kereta yang lebih selamat dengan menganalisis data ujian kemalangan dan bagaimana ia berkaitan dengan nilai purata fungsi dengan menggunakan pengamiran.Melalui pengamiran,ia dapat diukur momen  rintangan badan berputar kepada perubahan dalam gerakan dan mencipta teknologi untuk mengurangakan seperti ‘bumper’ kereta lembut dan lain-lain.

   Selain itu,matematik  telah memainkan peranan penting demi mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk epidermiologi,genetic,statistik dan fisiologi.Terdapat juga berberapa aplikasi kamiran epidermiologi seperti model penyakit pada zaman awal kanak-kanak.Aplikasi kamiran juga berlaku dalam bidang perubatan termasuk kencing manis,kanser,batuk kering, selsema,pengeluaran dan pengaliran darah.

   Kesimpulannya,terang lagi bersuluh bahawa kalkulus yang terdiri daripada pengamiran dan perbezaan sering digunakan dalam pelbagai bidang dalam kehidupan manusia tanpa kita sedari.












OBJEKTIF



Ø Objektif:


Antara objektif kajian projek ini yang ingin dicapai ialah :-

v Dapat  mengaplikasikan serta menyesuaikan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah.

v Melalui pengalaman pembelajaran yang mencabar, menarik dan bermakna.

v Meluaskan pengetahuan dan kemahiran berfikir dengan cara yang berkualiti dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar.

v Memperoleh kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang berkesan secara lisan dan bertulis serta menggunakannya untuk mengekspirasikan idea matematik dengan betul dan tepat.

v Meningkatkan minat, keyakinan, mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran matematik melalui pengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah.

v Menyedari bahawa matematik ialah satu bidang ilmu yang penting dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar lantas menerapkan sikap positif terhadap matematik.
  
v Melatih diri supaya belajar secara berdikari, bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dalam persekitaran yang bermanfaat dan sihat.

v Melatih diri untuk menghargai nilai – nilai intrinsik matematik dan menjadi lebih kreatif dan inovatif. 
















PENGHARGAAN



Ø Penghargaan:


      Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaanya saya dapat menyempurnakan kerja projek Matematik Tambahan bagi tahun 2017. Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan khas buat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang memberi peluang kepada saya serta semua pelajar tingkatan lima di seluruh Malaysia bagi menghasilkan satu kerja projek yang berguna kepada diri sendiri, masyarakat, dan negara.

      Sekalung penghargaan saya hulurkan buat guru matapelajaran matematik tambahan saya iaitu Puan Norzulliana yang telah memberi bimbingan serta tunjuk ajar semasa melaksanakan kerja projek ini. Tidak lupa juga kepada kedua – dua ibu bapa saya iaitu Saharul Bin Muhammad dan Aidah Binti Mohd Nor yang mana telah memberikan semangat dan sokongan yang padu agar saya tidak berputus asa dalam menjayakan projek tersebut. Malah saya amat berterima kasih kepada rakan – rakan saya terutamanya rakan kelas iaitu rakan – rakan perempuan dan lelaki kelas 5 sains 2 dan perakaunan yang telah banyak membantu, memberikan dorongan, kerjasama serta komitmen yang baik terhadap saya semasa menjalankan kerja projek matematik tambahan. Tanpa mereka saya tidak dapat menghasilkan projek ini dengan sempurna yang sememangnya memerlukan bantuan daripada individu yang lain.


      Saya berharap agar dengan adanya kerja kursus ini, saya dapat membentukan diri menjadi yang lebih berdisiplin dan berfikir secara rasional untuk menyelesaian sesuatu masalah dengan baik. Saya amat berharap jua agar mendapat gred yang bagus bagi mata pelajaran matematik tambahan serta mata pelajaran yang lain agar saya berjaya didunia dan diakhirat. Insyaallah semuanya berjalan lancer dan jayanya.

TAJUK:PEMBEZAAN & KAMIRAN T5

Pembezaan
&

Kamiran 

CONTOH: ISI KANDUNGAN


Isi Kandungan~


ü Isi kandungan :~
1
ü Tajuk :~
2
ü Penghargaan :~
3-4
ü Objektif :~
5-6
ü Pengenalan :~
7-9
ü Bahagian 1 :~
10-12
ü Bahagian 2 :~
13-16
ü Bahagian 3 :~
17-21
ü Bahagian 4 :~
22-27
ü Soalan Janaan :~
28-30
ü Soalan lanjutan:~
31-37
ü Rumusan :~
38
ü Rujukan :~
39



CONTOH MUKA DEPAN



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MANTIN





 KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2017





 NAMA : 

 KELAS : 

 NO.KAD PENGENALAN: 

 NAMA GURU MATEMATIK TAMBAHAN: