ØPengenalan pengamiran:
Pengamiran memainkan peranan
yang besar dalam kehidupan seharian manusia danadalah penting bagi
kita untuk menguasai ilmu mengenainya. Konsep pengkamirantelah digunakan secara
meluas di seluruh dunia dalam pelbagai bidang sepertipendidikan, kejuruteraan,
fizik, seni bina, caj elektrik, nilai purata, dan lain-lain lagi.
Kamiran mengisahkan tentang luas dan isipadu
yang paling maksima yangdiperlukan bagi memenuhi sesuatu ruang. Contohnya,
dalam reka bentuk stadium,konsep pengkamiran diaplikasikan bagi menentukan luas
dan isipadu bawah kubahbagi memasukkan kerusi dengan sebanyak yang mungkin.
Bagi mencari luas di bawahsesuatu lengkungan, luas di bawah lengkungan tersebut
akan dibahagikan kepadabeberapa bahagian kecil dan akan ditambah atau
dikamirkan sehingga mencapai jawapan terakhir.
Di dalam bidang seni bina, pengkamiran
digunakan oleh arkitek untukmenentukan jumlah bahan yang diperlukan untuk
membina sesebuah bangunan.Contohnya, untuk membina sebuah kubah, arkitek
perlulah mengambil kira tentang jumlah bahan yang ingin digunakan, berat
kubah tersebut dan jenis struktur sokonganyang diperlukan bagi memastikannya
stabil.Kebanyakan bangunan yang dibinamelibatkan pengaplikasian pengkamiran
seperti Menara Berkembar Petronas di KualaLumpur yang terpaksa berhadapan
dengan rintangan angin yang kuat. Pengamiran telah digunakan untuk mereka
bentuk bangunan yang kuat .
Selain itu, Sydney OperaHouse adalah reka
bentuk yang sangat luar biasa yang terdiri daripada beberapakepingan bola yang
terkeluar. Banyak persamaan pembezaan atau satu jenis kamiran telah
diselesaikan dalam reka bentuk bangunan ini.Kegunaan
lain bagi kamiran termasuklah mencari kawasan dibawah permukaan
melengkung,pusat masa,anjakan dan halaju,aliran bendalir,model tingkah laku
objek bi bawah tekanan,kerja oleh daya berubah-ubah dan banyak lagi.
Proses pengkamiran juga penting dalam
menentukan isipadu sebenar air yang diperlukan untuk memenuhi kolam berendam di
dalam sesebuah pameran yang diadakan di zoo.Kolam renang yang berbeza-beza
kedalaman dan sisinya yang tidak mempunyai bentuk yang teratur adalah amat
sukar untuk ditentukan beberapa banyak air diperlukan tanpa perlu memperuntukan
sejumlah wang yang banyak.Dengan mempelajari tajuk pengamiran,kita boleh
memcari isipadu revolusi pepejal dengan menggunakan sama ada kaedah
cengkerang,kaedah cekera atau kaedah washer.Ia selalu digunakan dalam kehidupan
seharian kita tanpa kita sedari seperti untuk mengetahui isipadu
tembikai,peluru dan sebagainya.Berberapa konsep pengamiran digunakan untuk mengira
kawasan di antara lengkung.Kebiasaannya,ia digunakan untuk mengira luas kawasan
rantau berlorek yang di sempadani,menerangkan halaju dan parabola.
Dalam bidang kejuruteraan,pengamiran digunaan
oleh jurutera elektrik untuk menentukan panjang sebenar kabel kuasa yang
diperlukan untuk menyambung dua pencawang.Oleh kerana,kabel digantung diantara
tiang,ia akan sentiasa melengkung.Kalkulus membolehkan kuantiti yang tepat
ditentukan dengan mudah dan cepat.
Pengamiran juga turut memberikan sumbangan
terhadap bidang fizik.Sebagai contoh,apabila daya berbeza dengan kedudukan F
(r),maka kita mesti mengambil langkah-langkah kecil yang tidak
terhingga,mengira kerja yang diperlukan untuk setiap setiap langkah kecil, dan
menambah kesemuanya untuk mendapatkan jumlah kerja yang dilakukan.
Dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan
kenderaan seperti kereta , jurutera telah mengaplikasikan pengetahuan mengenai
pengamiran untuk membuat penambahbaikkan terhadap teknologi pengankutan.
Sebagai
contoh,pada tahun 1950-an,kereta merupakan mesin yang sangat cekap.Tiada
sebarang pekara seperti beg udara,tali pinggang keselamatan,anti-kunci berbuka
dan sebagainya.Ralph Nader telah mendesak pengeluar kereta supaya menghasilkan
kereta yang lebih selamat dengan menganalisis data ujian kemalangan dan
bagaimana ia berkaitan dengan nilai purata fungsi dengan menggunakan
pengamiran.Melalui pengamiran,ia dapat diukur momen rintangan badan berputar kepada perubahan
dalam gerakan dan mencipta teknologi untuk mengurangakan seperti ‘bumper’ kereta
lembut dan lain-lain.
Selain itu,matematik telah memainkan peranan penting demi mencapai
kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk epidermiologi,genetic,statistik dan
fisiologi.Terdapat juga berberapa aplikasi kamiran epidermiologi seperti model
penyakit pada zaman awal kanak-kanak.Aplikasi kamiran juga berlaku dalam bidang
perubatan termasuk kencing manis,kanser,batuk kering, selsema,pengeluaran dan
pengaliran darah.
Kesimpulannya,terang lagi bersuluh bahawa
kalkulus yang terdiri daripada pengamiran dan perbezaan sering digunakan dalam
pelbagai bidang dalam kehidupan manusia tanpa kita sedari.
No comments:
Post a Comment