Ø Penghargaan:
Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin
bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaanya saya dapat
menyempurnakan kerja projek Matematik Tambahan bagi tahun 2017. Ucapan ribuan
terima kasih saya tujukan khas buat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang memberi peluang kepada saya serta semua
pelajar tingkatan lima di seluruh Malaysia bagi menghasilkan satu kerja projek
yang berguna kepada diri sendiri, masyarakat, dan negara.
Sekalung penghargaan saya hulurkan buat guru
matapelajaran matematik tambahan saya iaitu Puan Norzulliana yang telah memberi bimbingan serta tunjuk ajar semasa melaksanakan kerja projek
ini. Tidak lupa juga kepada kedua – dua ibu bapa saya iaitu Saharul Bin Muhammad dan Aidah Binti Mohd Nor yang mana telah memberikan semangat dan sokongan yang
padu agar saya tidak berputus asa dalam menjayakan projek tersebut. Malah saya
amat berterima kasih kepada rakan – rakan saya terutamanya rakan kelas iaitu
rakan – rakan perempuan dan lelaki kelas 5 sains 2 dan perakaunan yang telah
banyak membantu, memberikan dorongan, kerjasama serta komitmen yang baik
terhadap saya semasa menjalankan kerja projek matematik tambahan. Tanpa mereka
saya tidak dapat menghasilkan projek ini dengan sempurna yang sememangnya
memerlukan bantuan daripada individu yang lain.
Saya berharap agar dengan adanya kerja
kursus ini, saya dapat membentukan diri menjadi yang lebih berdisiplin dan
berfikir secara rasional untuk menyelesaian sesuatu masalah dengan baik. Saya
amat berharap jua agar mendapat gred yang bagus bagi mata pelajaran matematik
tambahan serta mata pelajaran yang lain agar saya berjaya didunia dan
diakhirat. Insyaallah semuanya berjalan lancer dan jayanya.
No comments:
Post a Comment