Tuesday, 1 August 2017

RUMUSAN

Ø Rumusan:
                                    
Kerja projek matematik tambahan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang mengaplikasikan dan mengadaptasikan matematik dalam kehidupan seharian. Selepas melakukan penyelidikan, menjawab soalan, melengkapkan jadual dan menyelesaikan beberapa masalah, saya mendapati bahawa penggunaan matematik adalah penting dalam kehidupan seharian kita.

            Kesimpulannya,banyak maklumat baru yang dapat kita peroleh dan ketahui sebenarnya penggunaan pengamiran dalam kehidupan seharian sangat penting. Dengan adanya,kamiran kita dapat mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku.Bukan itu sahaja,kita juga dapat meningkatakan kualiti dalam pelbagai perkara.Akhirnya, beberapa aspek yang penting telah saya mengetahui berdasarkan tajuk kamiran ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika pengamiran memainkan peranan penting dalam sesuatu bidang pekerjaan seperti bidang kejuruteraan.Maka jelas lagi bersuluh bahawa matapelajaran matematik tambahan ini berhubungkait dengan matapelajaran fizik.Hal ini demikian kerana untuk membina sesebuah bangunan kita harus mengambil kira luas kawasan tapaknya serta ketinggiannya untuk mengetahui adakah luas tapak dan ketinggian tersebut dan mencapai kestabilan yang selamat.Tetapi kita tidak sedar bahawa kamiran juga memainkan peranan dalam perancangan pembinaan bangunan tersebut.

No comments:

Post a Comment